Sifat antioksidan dan antibakteria madu membantu meningkatkan sistem pencernaan dan meningkatkan imuniti. Ia juga merupakan pemangkin antioksidan yang sangat efektif menyingkirkan radikal bebas dari tubuh. Radikal bebas boleh merosakkan sel dalam badan
Selain itu, salah satu fungsi madu adalah aktiviti Anti-radang dan imunomodulator. Keradangan kronik dapat menghalang penyembuhan dengan merosakkan tisu. Madu dapat mengurangkan tindak balas keradangan. Ia terbukti dengan ujian pada (model) haiwan, kultur sel, dan klinikal.
Kandungan fenolik dalam madu bertanggungjawab untuk kesan anti-radang. Sebatian fenolik dan flavonoid ini menyekat aktiviti pro-radang seperti COX-2 dan iNOS.
Madu juga meningkatkan limfosit T dan B, antibodi, eosinofil, neutrofil, monosit serta penghasilan sel NK yang membunuh sel dijangkiti virus dalam tubuh.
Tambahan lagi, madu adalah agen penyembuhan luka tertua yang diketahui oleh manusia apabila beberapa bahan kimia moden gagal dalam hal ini.
Penyelidikan eksperimental menggambarkan lebih banyak dokumen yang menyokong penggunaannya dalam penyembuhan luka kerana bioaktivitinya termasuk aktiviti antibakteria, antivirus, anti-radang, dan antioksidan.
Madu mendorong leukocytes untuk melepaskan cytokines yang mula membaiki tisu. Selanjutnya, ia mengaktifkan tindak balas imun terhadap jangkitan.
Madu mendorong penghasilan antibodi. Banyak bukti menunjukkan keberkesanan madu dalam pengawalan dan rawatan luka serta kecederaan akibat kebakaran.
Tidak syak lagi madu mempunyai kekuatan untuk membunuh bakteria. Kajian menunjukkan bahawa ia berkesan terhadap puluhan jenis strain, termasuk E. coli dan salmonella. Madu Manuka New Zealand dan madu Tualang Malaysia telah terbukti berkesan melawan bakteria staph dan H. pylori; bakteria pencernaan yang boleh menyebabkan ulser peptik.
Rujukan: National Institute of Health, CNN