Menu Close

Kenapa Saya Memilih Madu Tualang jenama Quad?


#1 Kita minum madu kerana termotivasi madu sebagai minuman kegemaran baginda Nabi Muhammad saw. sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Berkata Aisyah,

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعجبه الحلواء والعسل

“Nabi (s.a.w) amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu.”

#2 Mengenai kualiti madu lebah telah diperincikan lagi oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam Kitab Thibb an-Nabawi nya,

عليك بالعسل..,وما يؤخذ من الجبال والشجر له فضل على ما يوءخذ من الخلايا، وهو بسبب مرعى نحله

“Madu lebah., yang diambil dari gunung-gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah ternak, kerana berhubungkait dengan habitat (sumber nektar) lebah.”

#3 Dikilangkan di premis yang mendapat pengiktirafan MeSTI KKM dan boleh dikunjungi. Tujuannya supaya kejadian seperti keracunan Puding Buih dapat dihindari.

#4 Jelas sanad (supply chain) penuaian Madu dari sumbernya langsung. Ada Team Pemburu Madu Tualang sendiri yang menyelia lebih 300 batang pokok lebah (updated Mei 2020). Bukan dibuat-buat.

Pernah saya lihat penjual Madu yang ‘acting’ tuai 1 sarang lebah singgah, tetapi yang dijualkannya beratus botol Madu Lebah palsu. Banyak gambar yang di ‘crop’ video orang lain.

Tambah lagi, berdasarkan laporan akhbar Kosmo bertarikh 15 Ogos 2016 menyatakan 80% madu yang dijual di negara ini sebenarnya adalah Madu palsu.

Mudah-mudahan berkah dari memasarkan madu Tualang tulen kepada masyarakat menjadi ladang amal soleh kita diakhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *