Menu Close

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal

1. Mencegah Masalah Pencernaan

Sebulan berpuasa Ramadhan membuat sistem pencernaan bekerja lebih lambat dari biasanya.

Bila masuk hari raya Aidil Fitri, gaya pemakanan kita berubah 180 darjah dengan pelbagai hidangan.

Oleh itu, puasa Syawal berperanan untuk mencegah pencernaan tidak “terkejut” yang mana dapat menyebabkan masalah perut.

2. Mengawal Gula, Kolesterol, dan Lemak dalam Tubuh

Lebaran identik dengan makanan yang berminyak, berlemak, serta banyak mengandung gula.

Untuk mengendalikan kadar gula dan lemak dalam tubuh, puasa Syawal adalah solusi yang sangat tepat.!

3. Menurunkan Berat Badan

Berpuasa Ramadhan adalah ibadah wajib yang terbukti secara saintifik dapat menurunkan berat badan.

Berpuasa juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh sehingga tubuh akan membakar lebih banyak kalori.

4. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Beberapa penyelidikan menyebutkan bahawa berpuasa dapat menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

Hal itu tentu akan membuat jantung lebih sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *